Cerita RESULT PSPM1 Matrikulasi KMPP 2018/19

 Semester 2 bermula selepas seminggu cuti semester 1, sekejap je cuti kalau jadi budak Matrik ni. Result Sem 1 pun belum dapat dah kena mula semester 2 dah. sedih. Result semester 1 diumumkam sebulan selepas hari terakhir peperiksaan. Result SEM 1 sesi 2018/19 keluar pada 5/12/2018. 

Aku serius rasa mula-mula takde semangat nak start sem2 sebab ye la result belum dapat. aku ni jenis kena ada benda yg motivasi aku untuk terus belajar. Ye la sem1 aku target 4 flat kot. Ouh result muet pun dapat pada hari yang sama jgk... which akan dapat 2 terus memang lengkap nak isi upu nanti. sem2 aku belaja mcm biasa cuma ada MALAS sikit sebab dah selesa dan boleh adapt. sumpah weh beza gila ngn sem1. SEM 1 aku terkurung je dalam bilik. intovert sangat. sem2 ni ingat nak bergaul and kenal-kenal org dekat Matrik. mana tahu dapat kekasih hati ke.. tiberrrr wish. tak baik, matrik ni tempat untuk belajar la

Tibalah hari result 5 disember 2018, aku memang tak boleh tido serius weh takut tu lain macam ye la.. aku spm takde la straights As. tapi impian aku nak banggakan keluarga aku nak dapat 4.0 dalam pspm dan muet band4 sebab aku target degree nak ambik Perubatan/Pergigian/Farmasi. kena la pointer padu. SPM bukanlah segala-galanya tu prinsip aku. SPM hanya buka jalan yang luas misal kata kau 9A spm.. kau boleh pilih nak Matrik? Asasi? A-level? IB?. aku mintk biasiswa Mara kena reject sebab B english. BYE LA MARA aku tak hadap pon YTP USM kau tu. BYE

Result keluar jam 10 pagi. aku serius berdebar je dalam kelas asyik tengok jam. dup dap dup dap jantung. pagi tu dh la kelas bio tuto. belajar bab porifera memang tak masuk la belajar. serius takod weh. kelas bio 2jam. memang habis pukul 10pagi. dalam group batch bising sebab laman web matrik crash sebab ye la 1 malaysia nk check result online. 

so xleh check online, diorang cakap result muet je boleh check. aku pun check result muet je la. alhamdullilah dapat band3. tapi tak seperti yang aku target la sebab aku nak band4. tapi syukur dah. 

diorang cakap kalau nak check result kena ke DEWAN sebab ada tampal result di situ. tapi aku ade kelas pukul 11 baru free. kena masuk kelas MATH. tapi masa lectuter aku ajar math tak paham sepatah haram. sebab otak aku duduk di dewan tgah check result. ahaha jasad je di dalam bilik tuto. dalam bilik tu jgk otak aku duk pikir degree apa aku nak ambik. since result muet je aku dapat which is band 3 je. aku pun pikir la ambik engineering la. ke nak ambik Biology ke Kimia. fizik memang malas sebab bnyk kira kira ,math pun. serius dalam otak aku duq pikir upu nk isi apa padahal isi upu tahun depan wehhhh.. hahaha aku mmg mcm tu merancang awal. sama mcm aku spm dulu.. awal awal dh target pra-usm tu. kesudahan hanya mampu merancang Allah yang tentu kan. kita ke cerita di Mattrik cerita spm gi mampos la

dalam kepala aku juga pikir 3.7,3.8 ke 3.5 je. nak 4flat memang aku tak berapa nak confident sebab jawab pon bnyk jgk tinggal n jawapan tak sure. aku cuma tak confident fizik. sebab aku banyak tinggal. 

ok ni pointer yang bermain dalam pikiran aku 

BIO A-

KIMIA A

FIZIK A-

MATH A 

SO aku dapat pointer 3.85 kan

so aku mmg pikir dah takde harapan nak dapat medic ni since muet band3 je. aku serius rasa down sebab aku dapat result muet dulu. pspm aku tak check lagi. serius dalam kelas tu hancor harapan aku nak ambik medic since muet band3 je.. 

kelas math tuto habis. jam pukul 11. aku ngn classmate cepat-cepat gi dewan. masa tu dewan dah penuh serius memang xleh masuk n check. sebab semua free masa tu takde kelas. dh la time tu hujan. memang bnyk drama tangisan dan ketawa ada yg bersesak-sesak mencari nombor matrik. aku panic juga tak jumpa mana no aku. 

aku suruh kawan baik aku carikan..aku perati juga board tu tapi still tak jumpa. Tapi dalam 5 minit tatap papan tu jumpa jugak, tapi classmate aku jumpa no matrik aku. 

👀aku memang blur ya time tu sebab cari no sendiri tak jumpa sebab berdebar. 

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭Kawan aku cakap...weh KAU 4FLAT. 

Aku terus tanpa cakap apa-apa peluk kawan aku dh la time tu ramai org situ. tapi takpe aku nak buat drama. terkedu aku.. aku dpat 4flat. 👀👀👀👀. masa ni tak nangis lagi ya. 

YA ALLAH TERIMA KASIH SEBAB BAGI AKU RASA KEPUTUSAN STRAIGHTS As(4FLAT) 

ENGLISH NGN KO-K TAK DIKIRA DALAM POINTER 0 POINT

SERIUS KE AKU DAPAT 4 FLAT NI. MACAM TAK PERCAYA JE NIHHH.. 

MASIH ADA KE PELUANG NAK DAPAT MEDIC/DENTAL/PHARMACY ni

bersambung........... 




Comments

Popular Posts