Pengalaman isi UPU masa Semester 2

 Ni adalah story after aku dapat 4.0 PSPM1. 

Ok once aku dapat 4flat aku bersyukur sangat dan happy. Alhamdullilah berkat doa IBU/ABAH aku telah bantu aku dapat 4flat. serius aku tak akan dapat 4flat kalau takde ma ngn abah aku. 

Ramai juga tak percaya aku dapat 4flat sem1 sebab. Fakta tentang 4flat dekat Matrik ni yang melayu hanya 4 orang je masa batch aku. ya sikit kan. dan masa ambik anugerah pelajar 4flat pun ramai Chinese, Indian je. melayu boleh kira ngn jari la. sedih

ok after result aku pikir-pikir la nk ambik course apa yang dalam kepala aku 

1.MEDIC

2. FARMASI

3. DENTISTRY

4. BIOMEDIC

5. ENGINEERING

Tapi ni aku 4.0 muet band3. boleh ke nak dapat medic tu. hermmmm..

ok. budak matrik (aku) isi upu masa bulan mac 2019. so pihak hep-matrik akan buat program Karnival pendidikan la untuk kenalkan semua universiti awam kepada pelajar. so time aku pergi je survey semua universiti. so dengan result aku orang cakap boleh ambik UM,UKM,USM,UPM,UTM tapi depends on course jgk sebab muet aku band3 je. tak seiring orang kata.. tpi redo je la....

Ok masa karnival pendidikan ni korang pergi je setiap booth then ambik diorang punya pamplet universiti dalam tu ada tulis semua syarat min pointer ngn muet.

ok after karnival tu.. aku memang down gila sebab ape.. orang cakap nak ambik medic kena band4...😓😓😓. 4flat je tak cukup sebab ade je 4 flat yang tak dapat medic. MUET BAND3 boleh ke? 

aku try la nk tanya lecturer matrik aku pasal ni tapi malu giler. sebab masa first class dia dh cakap.. kalau nak dapat medic kena band5 baru selamat. band4 tu macam atas pagar. aku like menyesal tak study betul-betul muet. hahahah..

lecturer bio aku pun cakap . nak dapat medic tak semestinya 4flat ya. kena power english time presentation (interview). dia cakap dkt depan kelas after aku buat presentation bio sebab presentation aku english terabur skit... terima kasih untuk teguran saya ambik itu sebagai teguran yang positive. saya akan improve---aku cakap dalam hati. Senyum je time tu. dia cakap dekat depan kelas tapi mcm target aku sebab dulu masa sem1 diam jgk ajar then ada tanya nak ambik kos ape aku cakap la medic. best kena tembak mcm tu. 

so minggu tu upu dah bukak. so aku rasa down. aku isi farmasi ukm, farmasi uitm, farmasi usm, then engineering. hermmmmm... no medic pon dalam upu aku. 

seminggu sebelum upu tutup. Lectuter math aku cakap dia memang nak jadi doktor. tapi niat nak jadi lectuter matrik tu kuat lagi. so aku gi la meja dia tanya. so dia nasihatkan aku isi je medic even aku dan sah dan hantar untuk upu fasa1 tu. tapi upu belum tutup dan sempat lagi nak tukar-tukar. Beliau cakap Student melayu yang 4flat dekat Matrik ni limited kalau aku tak mohon medic sia sia 4flat aku, dia cakap muet tu hanya lulus syarat je. tak penting pun sangat pun. once awak dh lulus syarat lepas je. sebab merit muet tak dikira. even awk band6 tak akan dikira sebagai merit ke medic. aku dalam hari---terima kasih sir atas nasihat. nasihat sir paling berguna dari lecturer lain yang asyik nak degrade saye je. 

 dia nasihatkan aku letak universiti dekat Sabah and Sarawak since pointer aku kuat (4.0) muet je rendah sikit. sebab medic ni limited seats dia dalam 200 intake je tiap tahun. tapi. Dalam sistem upu 4 pilihan untuk letak kursus yang berinterview. aku letak 2 uni di semenanjung dan 2 uni Sabah&Sarawak./ums/unimas. 

Alhamdullilah aku dipanggil untuk interview 4 program medic di ipta even aku muet band 3. Terima Kasih sir. so yang lectuter english ngn bio aku cakap tu MITOS sahaja. 

AKU HAMPIR-HAMPIR TAK DAPAT MEDIC WEH PASAL PERCAYA MITOS FROM LECTURER yang............

so aku suggestkan tanya lectuter yang betul-betul tahu. tak semua lecturer ni nak bagi nasihat positive dekat kite sebab dia pun ada life dia an. so kena terima la hakikatnya. 

aku bukan nak mengata lectuter tu cuma. nasihat dia bagi terlampau negative sampai aku down weh....

update aku lulus interview dan dapat Medic di UKM. alhamdullilah. 

just nak bagi nasihat. MERIT untuk kemasukkan ke universiti 90% DARI CGPA/POINTER 10% dari akademik ya. bukan berdasarkan MUET. muet kena lulus minimun je. kalau course tu nak band4 min. yang band3 even 4 flat xleh nk mohon course tu. kebanyakkan course di ipta adalah band3. band4 untuk english course je. 

kalau nak dapatkan nasihat dari lectuter make sure u gais pilih lectuter yang korang selesa ya. aku hampir tak mohon medic disebabkan salah tanya lecturer. 

bye. 

Comments

  1. Memang isi lepas pspm 1 ke? Bukan lepas dapat results habis tu kee

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak kena faham upu untuk matrik. ada fasa. fasa 1 isi guna result sem1. fasa 2 tu fasa terakhir nak isi upu ikut result keseluruhan. sem1 dan sem2. kalau jurusan perubatan memang kena dapat interview berdasarkan result sem1. result akhir dikira sebagai merit.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts