Pengalaman Jujur Matrikulasi Kmkt sem1 Part 2

Dalam Part 2 ni aku nak cerita yang Kmkt selalu tak ada air. masa zaman aku 2018 waktu tu baru 1 bulan je masuk sini. sumpah rasa menyesal masuk matrik sebab belum dapat elaun lagi. bila dh dapat duit elaun huhuhuhu. 

Kisah tak ada airnye macam ni. Pihak HEP ada panggil semua pelajar turun ke DIY(dewan) untuk sesi taklimat sebab maybe 1 minggu or 2 minggu jugalah tiada air tu. tapi tak sure sangat. aku masih ingat pihak HEP maklumkan bukan kawasan matrik je takde air ye. dia seluruh kawasan terdekat matrik tu takde air. dan satu lagi bukan takde langsung cuma dia slow je masuk sebab ada masalah paip apa hentah. dia actually akan penuhkan tangki kawasan pentadbiran, bangunan makmal, tutorial dan paling last our Asrama. so that why asrama takde air. 

minggu pertama masalah air di Kmkt, keadaan masih terkawal, ada sumber air di 4 tempat bangunan hep,bilik tuto,makmal, diy. so memang kena mandi di tempat tu je. kau bayang la pukul berapa aku bangun semata-mata nak mandi. bangun pukul 4. pergi bangunan makmal nak mandi. kami memang mandi pagi dan malam je sebab nak jimat. kalau sape mandi 3 kali tu dia serius takde comman sense dan selesakan diri sendiri je. tak pikir orang lain. 

minggu kedua masalah air, keadaan menjadi teruk sebab tangki tak sempat penuh dah habis. so apa yang terjadi. Tandas di 3 tempat yang aku selalu mandi sumpah busuk yang amat. errrrrrrr kau bayang la sendiri bau dia. so kalau bangun lewat menang tak akan sempat nak mandi. minggu kedua ni aku sabar je mandi sikit. sebab nak mandi pun kena beratur. dekat bawah. actually aku tingkat 4. Tandas menang BUSUK dengan najis yang dibiar 1minggu tanpa diurus dan dibiarkan reput. hahahha over je aku. so kalau nak mandi kena turun bawah or angkat air dengan baldi. sado jap sebab angkat air dari GF ke aras 4 tu. 

hari terakhir kelas di kmkt dan masih lagi ada masalah air/air slow. aku bangun lewat pukul 7. faham faham air tangki yang penuh semalam dan kosong gais. Ok kelas pukul 8. HAHAHHAHA. NAK mandi di bilik tuto or makmal memang tak la sebab malu kot dh ada orang situ  mostly yang datang awal. dan jarak masa jugak. jauh jgk la blok D ke bilik tuto tu. hahahhaha

ok aku gi kelas tak mandi, tapi masih basuh muka ngn cleanser , gosok gigi. cuma tak mandi. semua guna air mineral je. nasib baik ada LOL. aku dalam hati sabar je. ye la nanti dah boleh balik dan lepas habis kelas.. yeay yeay... aku takde la manja sangat sampai takde air sikit nak balik. mostly parents yang kaya n dekat akan datang ambik anak dia. aku malas nk susahkan ayah aku. 

Alhamdullilah sekarang syarikat air dengan kmkt dah selesaikan isu ni. Adik-adikk batch 6,7 tak akan merasa tak ada air. tapi actually benda ni cabaran je nak tengok kau ni kuat mental ke tak. kalau tak kuat tu buat je kuat, fake it until you make it. 

actually masalah air ni dijadikan isu oleh para JPP untuk meraih undi. KAMI AKAN SELESAIKAN MASALAH AIR DI KMKT. tup tup takde air. Senyap. HAHAHAHA. jangan mara JPP ya. 


Comments

Popular Posts